Tuesday, 13 July 2010

' Tip-Tip Vokal 2 '

Kat sini, nak kongsikan pula mengenai masalah-masalah atau kesalahan-kesalahn di dalam nyanyian. Seterusnya pula, adalah berkenaan mengenai hendak mendapatkan nada suara nyanyian yang bagus. Harap enjoy membaca ek...:)

Masalah Nyanyian

Setiap penyanyi mempunyai masalah nyanyian yg tersendiri dan
berbeza-beza,bahkan saya sendiri dan penyanyi professional juga ada
masalah sebegini Tapi ini bukan lah penghalang untuk kita mempunyai
suara yg diidam-idamkan bukan ?

Yang penting kita kena faham apa masalah tersebut dan bagaimana
untuk mengatasinya dan meningkatkan lagi semangat kita untuk lebih
bagus dalam nyanyian kita

Ada 5 masalah yg selalu kita lakukan semasa menyanyi:-

1. Menyanyi Out of Tune /sumbang
2. Buta Irama
3. Tak cukup Nafas semasa Menyanyi
4. Suara yg terlampau lembut/perlahan
5. Sebutan yg tak jelas

Selain itu ada beberapa lagi kesalahan yg biasa dilakukan antaranya
1. Menyiksa tekak anda
2. Tak buka mulut semasa menyanyi
3. Terlampau mendongak

Semua masalah ni akan menjejaskan mutu nyanyian anda
Oleh sebab itu kita kena buat sesuatu iaitu:
Berubah!


Nada Suara Nyanyian Yang Bagus

Nada suara nyanyian yang bagus adalah penting apabila memberikan persembahan atau berusaha ke arah kerjaya menyanyi. Ini adalah benar sama ada anda lelaki atau perempuan. Tetapi, apakah nada suara nyanyian yang bagus?

Nada suara nyanyian yang bagus amat bergantung kepada saiz kerongkong. Kerongkong yang lebih luas membenarkan talunan yang lebih baik dan lebih kuat, getaran mengikut pita suara. Keseluruhannya, nada suara nyanyian yang bagus kebanyakannya dihasilkan dengan
1) keamatan nada suara,
2) kelancaran, juga vibrato, dan
3) kemampuan untuk menghasilkan not kuat, tinggi dan rendah - bergantung kepada jenis suara anda.

Mari pecahkan ia ke bawah begini:
• Forman rendah untuk resonan
• Forman tinggi untuk bunyi lantang
• Vibrato - perubahan turun naik pic, digunakan untuk menambah ekspresi. Vibrato yang halus menambah kekayaan kepada nada suara yang mana kebiasaannya lebih menyeronokkan terhadap pendengar dan paling mudah pada suara penyanyi
• Suara kepala atau tingkat suara atas adalah di mana not tinggi dinyanyikan dengan betul. Resonan biasanya dirasai di dalam kawasan bibir atau tulang pipi (dengan yang tingkat nada suara kepala, pernilaian biasanya berdasarkan pada kualiti dalam ketulenan suara)

Apabila seorang penyanyi mempamerkan setiap kebolehan ini tatkala itu ia dianggap telah menempatkan suara sewajarnya.

Memperolehi kebolehan menempatkan suara sewajarnya atau nada suara nyanyian yang bagus ini, adalah melalui latihan suara yang betul, yang mana mengambil kira beberapa langkah asas.

1. Bertenang ketika anda menyanyi adalah sangat mustahak. Jika anda naik cemas ketika menyanyi, ia akan menyebabkan kelemahan dalam resonan dan nada suara suara anda. Ia juga mustahak untuk tidak keterlaluan apabila cuba untuk mencapai not yang di luar dari kemampuan anda. Keterlaluan tidak akan membantu anda untuk mencapai not tersebut, anda mesti kekal bertenang.

2. Pernafasan - satu lagi faktor penting untuk nyanyian yang bagus, sepatutnya dilakukan dengan betul. 80% suara nyanyian kita dihasilkan dari udara, oleh itu labelkan suara setara dengan alat tiup. Pernafasan yang betul dilakukan daripada diafragma. Perhatikan pernafasan seorang bayi, kelihatan perutnya yang naik dan turun apabila bernafas - ini adalah cara yang betul. Ia dilakukan tanpa menggerakkan bahu anda dan dada anda harus sangat minimum pergerakannya. Amalkan cara tersebut dengan mengimbangi bahu anda dan menumpukan pada pergerakan perut anda ke dalam dan ke luar.

3. Memanaskan badan. Hanya dengan sebarang bentuk senaman, apabila bekerja dengan suara anda, anda seharusnya memanaskan badan dengan mendengungkan bunyi sebelum menyanyi.

4. Mengkaji model peranan anda. Memberi perhatian kepada cara mereka menyanyi, apakah gaya menyanyi yang mereka ada, jenis orang untuk mereka membuat persembahan. Cuba gabungkan perkara ini ke dalam nyanyian anda, ia akan menjadi alat pembelajaran yang dapat membantu. tetapi jangan cuba untuk meniru model peranan anda, gabungkan stail nyanyian anda sendiri.

5. Cipta stail anda sendiri dengan mencuba kelainan muzik yang berbeza, atau memahami cara anda sendiri untuk menambah sentuhan anda kepada lagu tersebut. Ini adalah mustahak dalam menetapkan diri anda yang tersendiri sebagai seorang individu.

6. Dapatkan kerja. Selepas anda mempunyai kerja pada teknik, letakkan diri anda keluar ke tempat awam. Menyanyi di kenduri kahwin di kawasan halaman anda, atau koir masyarakat, cuba dapatkan kerja menyanyi di restoran atau kelab malam. Ini adalah amalan hebat untuk anda dan akan membantu anda menyesuaikan diri menyanyi untuk penonton, sebaiknya anda dapat memahami orang awam.

7. Kekalkan prestasi kemajuan anda. Ia satu idea yang bagus untuk merekodkan nyanyian anda sendiri supaya anda boleh mendengar kemajuan anda sendiri. Lakukan begini sekali sebulan, supaya anda boleh mengesan kawasan kelemahan dan kekuatan anda.

8. Mengambil perhatian tentang suara anda adalah penting sekiranya anda berhasrat untuk maju ke depan terhadap matlamat ini. Jangan menjerit atau memekik. Pastikan minum sekurang-kurangnya 64 auns air setiap hari untuk memastikan pita suara anda terhidrat sewajarnya. Elakkan produk hasil tenusu kerana mereka mengeluarkan mukus yang mana akan membuatkan susah untuk mengekalkan kerongkong anda bersih dan memberi kesan kepada kualiti suara anda. Jangan merokok atau meluangkan kebanyakan masa dengan orang yang merokok, sebagaimana kimia tersebut boleh mengakibatkan kemusnahan pada pita suara anda.

9. Cari seorang jurulatih. Mengambil beberapa pembelajaran suara daripada seorang profesional adalah sangat dapat membantu dalam usaha anda. Ini penting kerana jika anda tidak melaksanakan teknik yang betul, ia boleh memudaratkan suara anda.

Dan ingat, terus menyanyi selama mana anda menyukainya!

' Tip-Tip Vokal 1 '

Semua orang tak dinafikan suka menyanyi, wlupun ada yang sebahagiannya tak pernah buat performance kat depan orang ramai. Saya mengakui yang saya suka menyumbangkan suara, samada di kala gembira atau di dalam kebosanan,hehe... Di sini, saya ingin berkongsi serba sedikit tip-tip vokal yang telah dibukukan oleh seorang penyanyi dari kumpulan umbrella iaitu zarul, dan dia merupakan vokalis kumpulan tersebut. Ok, semoga ianya akan memberi sedikit pengetahuan untuk semua.

Jenis Suara

Jenis jenis suara merujuk kepada beberapa kriteria.

Mungkin anda dah tahu beberapa jenis suara yg selalu anda dengar cthnya Soprano,Tenor,Bass dan beberapa lagi!

Kali ini saya akan tunjukkan beberapa jenis suara nyanyian serta bagaimana ianya diklasifikasikan.


Dan selepas itu anda akan mendapati dengan tepat apakah jenis suara UNIK anda!

Dengan adanya pengetahuan tentang jenis suara ini akan dapat membantu anda dalam melatih suara anda dengan lebih baik dan tahu apakah range atau julat suara anda dan seterusnya dapat menyanyikan lagu dengan baik.


Secara asasnya ada 3 jenis suara untuk wanita dan 4 jenis suara untuk lelaki

1)Jenis suara lelaki - Countertenor, Tenor, Baritone, Bass

2) Jenis suara wanita- Soprano, Mezzo Soprano, Contralto


Berikut adalah criteria utama pengklasifikasian untuk menentukan jenis suara anda:


1. Vocal Range/Julat Suara



Vocal Range/Julat suara adalah penunujuk utama apakah jenis suara yang dimiliki oleh setiap penyanyi. Sebagai contoh jika seorang penyanyi lelaki mempunyai suara yang tinggi, dia mungkin boleh diklasifikasikan sebagai Tenor atau lebih tinggi iaitu Counter Tenor,manakala jika penyanyi wanita yang mempunyai suara yang tinggi pula dikenali sebagai Soprano. Pengetahuan mengenai vocal range /julat suara anda adalah amat vital kerana ianya nanti memudahkan kita untuk mengetahui note manakah yang akan kita lakukan latihan suara/warm-up suara sebelum nyanyi. Ini akan mengelakkan suara anda dari menjadi rosak dek kerana berlatih menggunakan key/note-note yang tinggi/tak sesuai dengan jenis suara/range suara anda.


2. Penukaran Register


Suara kita apabila menyanyi, akan melalui beberapa proses pertukaran tona dan kualiti tona suara apabila kita bergerak dari pic rendah ke pic yang lebih tinggi ,ini lah yang dimaksudkan dengan Penukaran Register Suara. Dengan adanya pengetahuan mengenai penukaran register atau saya lebih suka pakai 'tukar gear suara' ni akan menyenangkan kita mengenali apakah jenis suara kita dan yg penting membantu kita dalam menentukan jenis latihan vocal yang lebih efficien dalam melancarkan penukaran 'gear suara".


3. Tona Vokal


Setiap penyanyi mempunyai perbezaan Tona Suara,dimana ada antara penyanyi yang mempunyai tona yang cerah dan lantang/jelas manakala ada juga penyanyi yang mempunyai tona yang agak dalam/suram serta berat.Pengetahuan mengenai tona suara agak penting dalam menetukan apakah jenis jenis lagu yang dikira sesuai untuk kita nyanyikan atau apakah lagu yang perlu kita elakkan apabila kita hendak membuat persembahan atau ke ujibakat nyanyian [tak semua dari kita versatile-ini adalah hakikat].

Sebagai contoh kalau kita mempunyai tona suara yngheavy atau berat,kita akan lebih sesuai menyanyikan lagu lagu yang memerlukan belting atau vocal projection.Manakala jika anda mempunyai tona suara yang agak ringan dan lembut,disarankan agar anda menyanyikan lagu2 berentak seperti Bossa Nova dan balada dimana lagu2 seperti ini memerlukan sensitivity dan kelembuatn dalam dalam tone nyanyian.


4. Tessitura atau Kekuatan Suara


Tessitura merujuk kepada julat terbaik suara anda dimana ianya adalah agak selesa untuk suara anda dan ianya juga elok/sedap didengar oleh audien. Ada sesetengah guru vocal panggil ini sebagai "Sweet Voice". Pengetahuan mengenai tessitura ini membolehkan kita mengetahui apakah jenis suara kita Sebagai contoh ,penyanyi soprano mempunyai head voice yang mantap manakala penyanyi bass mempunyai middle voice yang mantap


5. Suara Pengucapan


Suara pengucapan adalah suara yang selalu kita gunakan apabila kita bercakap dan adalah suara yang paling selesa untuk dilontarkan. Ini menunjukkan kita adalah dalam kategori tenor,baritone atau bass ,ini adalah memandangkan kita selalunya bercakap menggunakan tessitura atau range suara selesa kita. Nah itu dia 5 jenis criteria yang boleh diguinakan untuk menetukan apakah jenis suara anda dan boleh membantu anda untuk melatih suara anda dengan lebih berkesan. Untuk mengelakkan penderaan suara kebiasaanya guru vocal melatih menggunakan vocal range pertengahan terlebih dahulu sebelum perlahan2 bergerak keatas dan kebawah{range}untuk melatih suara pelajar menjadi lebih bagus dalam "kelasnya"[range].


Setelah kita memahami dengan lebih mendalam apa itu jenis suara,kita akan mampu melatih suara kita dengan lebih effisyen dan juga tahu bagaimana untuk memilih lagu untuk persembahan dan ujibakat nyanyian yang bakal anda sertai.


Latihan yang kerap dan berterusan juga akan merubah kualiti suara kita,sebagai cthnya,suara akan menjadi lantang dari sebelumnya atau menjadi lebih tinggi dari sebelumnya.Jadi jangan lah sedih atau patah semangat untuk menyanyi dek kerana memeiliki suara yang anda tak berapa suka.Suatu masa nanti,anda akan berupaya mencapai SUARA IDAMAN anda..Insya Allah..

Friday, 9 July 2010

' Subhanallah.....'

Salam semua...

Di sini, saya ingin mengongsikan satu keajaiban yang benar-benar mengagumkan. Kalau nak tahu, cuba lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di bawah selama 10 saat, kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan anda.

Tunggu 10 saat. Lihatlah keajaibannya.
Subhanallah..rasa begitu kagum dgn ilusi mata kurniaanNya ini...
(see the 3 circle in "Allah"...for the 10 second....then u see it on the wall behind u....)

Tuesday, 6 July 2010

Nak yang Setia dan Romantik????

Selalunya kalau di tanya kepada semua wanita mengenai ciri-ciri lelaki idaman hati, banyak jawapan yang keluar. Ada yang suka lelaki yang baik, bertanggungjawab, penyayang, setia, romatik dan sebagainya. Semua ciri-ciri tersebut akan membuatkan wanita gembira bila berdampingan dengan lelaki tersebut. Di sini, saya cuma mengemukakan ciri-ciri lelaki setia dan romantik mengikut zodiak. Dengan itu, mari kita tengok lelaki dibawah zodiak mana yang dikategorikan sebagai setia dan romantik..Jom ketahui, siapa yang kena??? hehe...


Ok, kita mulakan dulu dengan ciri lelaki setia mengikut zodiak...

jeng..jeng..jeng..


1- Lelaki Aquarius : Lelaki yang berada di bawah zodiak ini, menjelma  menjadi salah seorang yang paling setia, cool dan misteri seta susah untuk jatuh cinta. Disebabkan itu, lelaki Aquarius ini tidak akan mensia-siakan wanita yang ada di dalam hatinya. Ketika dia sedang mencintai seseorang, sulit baginya untuk jatuh cinta lagi. Maka dengan itu, lelaki Aquarius ini mendapat jolokan sebagai lelaki yang paling setia.


2- Lelaki Taurus : Memiliki elemen bumi di dalam dirinya menunjukkan kekuatan dalam perhubungan. Lelaki Taurus akan bermati-matian mempertahankan hubungan yang ia jalani dan tidak mudah tergoda pada wanita yang lain. Baginya wanita yang dicintainya merupakan satu-satunya yang ada di dalam hatinya. Kalau sekiranya lelaki Taurus ini berselingkuh, ianya adalah merupakan cara yang radikal menunjukkan dia tidak lagi dapat mempertahankan perhubungan tersebut.


3- Lelaki Virgo : Jujur, bersifat positif dan rela berkorban. Itulah sifat-sifat asas yang ada di dalam diri lelaki yang berada di bawah zodiak ini. Dia mempunyai berbagai cara untuk menguatkan perhubungan. Salah satu sifatnya yang rela berkorban untuk orang-orang yang dicintainya membuatkan dia menjelma menjadi lelaki yang setia.


4- Lelaki Capricorn : Ghairah dan mempunyai motivasi yang tinggi di dalam perhubungan. Mereka ini juga merupakan lelaki yang setia disebabkan keghairahannya dalam menguatkan perhubungan.


Ok, tiba pula masanya saya kongsikan beberapa ciri lelaki yang romantik mengikut zodiak...


jeng...jeng...jeng...


1- Aquarius ( 20 Januari - 18 Februari )
2- Gemini ( 21 Mei - 20 Jun )
3-  Libra ( 23 September - 22 Oktober )


Huh....apalagi para wanita di luar sana...jika ciri2 lelaki setia dan romantik menjadi pilihan anda...apalagi pergilah memburu...opps...hehe...


p/s: kepada lelaki-lelaki yang bukan di bawah zodiak-zodiak berkenan, jangan bersedih hati...anda juga mempunyai kelebihan-kelebihan tersendiri...:)







Monday, 5 July 2010

Dari email punn...boleh nmpak rahsia peribadi....

Penggunaan email pada zaman sekarang ini memang tidak dinafikan banyak. Semua orang tertumpu dengan kecanggihan IT dan ianya juga merupakan jalan yang senang untuk berkomunikasi dengan cepat dan mudah.
Saya bukan nak citer pasal IT tapi rahasia peribadi si pemilik email. Macam-macam bentuk email yang kita nampak dan add...Ok, jom kiter selongkar jap...

Guna Nama Penuh

Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya nurhanis_alias@yahoo.com. Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya. Tapi ingat, jangan cuba hendak memeperlekehkannya.

Nama Depan dan Nama Tengah 

Contoh: Amir Hanif Abdullah. Dia menggunakan alamat emelnya sebagai amirhanif@yahoo.comiaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri. Selain itu, dia juga sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

Nama dan Tahun

Contoh: Farah2003@yahoo.com. Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak suka komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah-olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan. Pendek kata dia juga menunjukkan pegangan yang mudah berubah-ubah.

Nama Samaran

Hehheh ramai sangat yg suka buat email begini.. contohnya miss_kodok@hotmail.com. Dikatakan seorang yang suka hidup dlm khayalan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan orang selesa berada disisinya. Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya tersendiri.

Nombor dan Abjad 

Contoh: 1190@hotmail.com">x1190@hotmail.com. Nama diwakili dengan nombor + abjad sahaja. Ia menggambarkan seorang yang sikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu membuka dirinya kepada seseorang. Itupun juka kepercayaanya mampu diraih. Jika tidak. kirim salam sahajalah

p/s: hehe....nama samaran tue jugak pilihan saya...
      Kamu pulak bagaimana???

' Sifat Wanita Melalui Unsur '

" Aku wanita punya hati nurani...yang tak dapat dibohongi.. " Amboi, tiba2 kuar lagi akak CT, hehe...Suara x sedap poonnn...haha...ok, back to d point..Wanita boleh didefininasikan dengan sesorang yang berhati lembut, mempunyai sifat Ar-Rahman ( penyayang ) yang kuat, tapi untuk mendalami lagi sifat-sifat wanita dalam lebih mendalam, di sini saya ada kongsikan beberapa unsur yang berkaitan dengan sifat-sifat wanita.


~ WANITA TANAH ~
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).
*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.
~WANITA API~
Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).
*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.
*Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
~ WANITA ANGIN ~
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).
*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
~ WANITA AIR ~
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).
*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.
~ NASIHAT UNTUK WANITA ~
*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
Bagaimana dengan info di atas, ada yang terkena dengan batang hidung sendiri?? hehe...x per..muhasabah tue yang penting...

Sapa bwh zodiak Aquarius...baca ek...

Bila dah baca highlight, memang dah agak yang saya nie nak mengupas serba sedikit mengenai zodiak Aquarius. Sebagai pemegang zodiak Aquarius nie, kenalah tau akan sifat-sifat dan perangai-perangai yang ada dalam diri. Itulah namanya muhasabah diri sendiri. Walaupun ianya bukan 100% sama pada diri kita, mungkin ada yang sama dengan diri org lain yg juga di bawah zodiak ini. Ok...apalagi...sambil2 minum tue baca ler...tak sampai bjam2...hehe...
Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 20 Januari hingga 18 Febuari dikatakan bernaung di bawah zodiak Aquarius, yang berlambang gelombang (alur air). Anda meminati pengembaraan, berjiwa kemanusiaan, ingin tahu, ada semangat berontak, bersikap spontan, progesif, persahabatan, hak asasi, berkumpulan, dan manfaat manusia.
Ciri Negatif
Walau bagaimana pun,ada kalanya Aquarius menghadapi gangguan, tak boleh dijangka, suka membantah, memberontak, tak lengkap, perilaku salah, tak kosisten, perangai radikal, kurang kaedah, dan mendatangkan bencana.
Kualiti Astrologi Aquarius termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, LEO dan SCORPIO.
AQUARIUS SEPINTAS LALU
Lambang : Gelombang (Alur air)

Kunci Kata : Kemanusiaan


Kekuatan: Keunikan dan wawasan


Perlu Perbaiki : Rasa hormat pada ego orang lain dan cinta peribadi


Cepat Mesra Dengan : Gemini


Perlu Belajar Daripada : Leo


Untuk Keselamatan Berpaling Kepada : Taurus


Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh : Scorpio


Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh : Capricorn dan/atau Libra


Warna Kesukaan : Biru Kilat dan/atau Kelabu


Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan Harmoni : Emas dan/atau Oren


Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri : Warna Air (Aqua)


Batu Permata : Mutiara Hitam; Baiduri; Biru Nilam


Logam : Plumbum
Bau-bauan : Azelea dan/atau Bunga Cina (Gardenia)
Hari Terbaik : Sabtu
AQUARIUS : GELAGAT PERHUBUNGAN
Anda yang dilahirkan berzodiak Aquarius ini , sangat terbuka. Demikian juga dalam soal asmara. Anda memilih kawan atau pasangan terutama kerana daya tarik intelektual, bukan raut muka dan bentuk badan.Aquarius ini menyintai kebebasan sehingga tidak mungkin berdamping dengan seseorang yang pengongkong. Kegemaran pada kegiatan luar rumah menjadikan anda tidak berminat menjadi ‘ratu dapur’. Walaupun semacam dingin dan individu, namun Aquarius setia orangnya !
Teman atau kekasih yang secocok bagi Aquarius adalah Aries (21 Mac – 20 April ) dan Gemini (21 Mei - 20 Jun). Walau bagaimana pun, anda perlu bersabar lebih apabila berdamping dengan Capricorn ( 21 Disember – 19 Januari ) dan Virgo ( 22 Ogos – 22 September ).
Aries merupakan pendamping yang sesuai bagi Aquarius. Semangat Aries yang tinggi untuk menambah ilmu menarik perhatian Aquarius. Aries sebaliknya menyenangi sikap Aquarius yang terbuka.Gemini pula mempunyai persamaan dengan Aquarius. Kedua – duanya memandang daya intelektual bukannya rupa dan tubuh badan semata – mata. Keinginan Aquarius memburu kerjaya turut disenangi oleh Gemini.
Oleh sebab Aquarius bersikap dingin, anda sukar berdamping dengan Capricorn yang sikapnya tertutup. Namun begitu, anda berdua sama – sama cerdas dan memendam rasa. Seterusnya, anda mungkin kurang sesuai berdamping dengan Virgo. Hidup anda menjadi kaku dan mendatar apabila berpasangan denganVirgo yang serius.
AQUARIUS : KERJAYA DAN KEWANGAN
Kelahiran Aquarius ini biasanya tekun bekerja dan ingin orang lain sama tekun bekerja sama. Lantaran itu Aquarius gemarkan kerjaya yang mengikat dirinya dengan asas kefalsafahan , kekreatifan dan berlandaskan kaedah serta teknik yang tersusun.
Aquarius cepat menguasai kerjaya dan berupaya menyumbang idea bagi peningkatan diri dan organisasi, dan gemar membantu teman sekerja. Walau bagaimana pun, untuk berjaya ke matlamat kerjaya yang tertinggi , anda perlu mengembangkan sensitiviti emosi, perasaan mendalam dan kesabaran yang tinggi.
Dari segi perolehan wang , kelahiran Aquarius cenderung bersikap idealistik dan kemanusiaan. Anda biasanya pemurah dan suka menyumbang untuk sosial dan politik tetapi tanpa mengharap balasan atau sanjungan. Aquarius memerlukan wang untuk keperluan yang berfaedah bagi diri, keluarga atau orang lain. Tetapi bukan untuk status diri sendiri semata – mata.
AQUARIUS : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA
Dalam keluarga dan rumah tangga, kelahiran Aquarius mudah berubah, iaitu tidak stabil. Namun , anda tetap inginkan sebuah rumah yang baik untuk melayan keluarga dan kawan.
Demi keharmonian rumah tangga dan keluarga, anda perlu memasukkan ciri-ciri kestabilan dan kauliti. Di samping mengutamakan daya intelektual , anda sebenarnya perlu meresapkan cinta ke dalam rumah dan keluarga.
AQUARIUS : PERHUBUNGAN SEKS
Aquarius lebih tertarik pada cinta minda daripada cinta jasmani. Anda bijak dan sangat tekun. Sikap Aquarius terhadap seks bercampur – campur. Sesetengahnya mengemari seks, manakala sebahagian golongan lagi berasa lebih gembira tanpa seks.Kebanyakan yang berlambang Aquarius berada dalam keadaan keliru lantaran hanya diri anda sahaja yang memahami diri sendiri.

Sunday, 4 July 2010

' Kernaku Muslimah.....ku cuma ingin menyebarkan.... '

Sebagai seorang wanita Islam memang sudah mengetahui akan kewajipan menutup aurat ; yang mana aurat wanita adalah seluruh anggota badan selain dua tapak tangan dan muka. Saya di sini ingin berkongsi akan persoalan yang dikemukan mengenai cara bertudung mengikut syaria't agama Islam. Semuanya bukan saja berkaitan dengan anjuran agama dengan menutup aurat semata-semata, ianya juga termasuk mengenai akhlak dan perangai.

Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga
auratnya sering menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah
beberapa jawaban saya yang mungkin dapat membantu rakan-rakan muslimah
bagi menjawab perlian tersebut. Saya letakkan dalam bentuk point supaya
lebih mudah dan kelihatan ringkas.

1 – Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai,
mahupun dressing semata-mata. Tapi, dinilai bermula dari dasar akidah
dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa
usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang
sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing yang mengaku sebagai
muslim.

2 – Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen
atau suka-suka. Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah.
Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim.
Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib
menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak
yang baik.

3 – Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun
anda seorang pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak.
Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban
bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda
seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh
tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak…) sekalipun,
anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera
tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban
bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan
ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas
dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak
layak bertudung… sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.

4 – Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga
satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak
baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk
lakukan dua-dua.

5 – Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun
Perangai Buruk!”, Sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan
ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa.
Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah
memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah
(dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih
baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani
melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan
aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk
memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah
lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan? Anda mahu lawan
Tuhan?

6 – Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik… semuanya
adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi,
ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada
hak sedikitpun dalam menetapkan syari’at2 tertentu di dalam agama dan
kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita
kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya
telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan
manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas.
Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati
Allah.

7 – Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar
meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar
pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum
sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka
orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Saya
katakan… anda siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat
itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.

8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini… kita sewajarnya saling
nasihat-menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam
usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di
dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan
tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh
Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar
sempurna?

Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahihah!

"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan
memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya
dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian
untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian
takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari
tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”
(al-A’raaf 7: 26)

Semoga ianya akan menjadi satu panduan dan pengetahuan kerana segala yang berkaitan dengan anjuran agama adalah perintah dari Allah subhanahu wataa'la. Wallahu a'lam bisawab...