Thursday 20 January 2011

Kisah Cinta Hatib Dan Ummi Qais


Sekali peristiwa, diceritakan bahawa ada seorang sahabat yang bernama Hatib telah mencintai seorang gadis rupawan yang bergelar Ummi Qais. Sebagai kebiasaannya orang yang bercinta, Hatib berusaha agar si gadis itu dapat dimilikinya. Dia pun meminang Ummi Qais sewaktu mereka sama-sama berada di Makkah lagi, akan tetapi, oleh kerana kemalangan nasibnya, gadis itu telah menolak peminangan Hatib. Kemudian Ummi Qais pun berhijrahlah pula bersama-sama orang-orang Islam yang berhijrah ke Madinah.

Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Hatib, dia merasa amat berdukacita. Oleh kerana terlalu merindukan Ummi Qais, Hatib lalu mengambil keputusan untuk berhijrah menjejaki langkah Ummi Qais ke Madinah, dengan harapan agar dia dapat memikatnya dan memujuknya semula sewaktu di Madinah nanti.

Jadi nyatalah sudah bahwa hijrahnya Hatib itu bukanlah semata-mata kerana tujuan asal berhijrah ke sana; iaitu untuk mencari tempat perlindungan bagi agamanya. Tetapi di sebalik itu, ada maksud yang lain yang lebih diutamakannya; iaitu moga-moga ia dapat menukar keputusan Ummi Qais yang lalu dan moga- moga Ummi Qais akan menerimanya pada kali ini, sebab hatinya sangat sayang dan mencintai Ummi Qais.

Cerita hijrahnya Si Hatib sepenuhnya telah disampaikan kepada pengetahuan Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam. Oleh kerana itulah, maka Hadith ini telah disabdakan, iaitu:

"Hanyasanya amalan-amalan itu adalah bergantung dengan niat-niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia (sebab- sebab keduniaan) yang ia ingin memperolehinya, ataupun kerana seorang perempuan yang ia ingin menikahinya maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ia berhijrah kepadanya." [Bukhari & Muslim]

Maksudnya: Tiadalah ia mendapat pahala apa pun dari hijrah yang telah ia lakukan itu. Sebab orang lain berhijrah membawa dirinya dan agamanya agar terselamat dan fitnah kekufuran yang mengancamnya di negeri Makkah, semata-mata kerana mentaati perintah Allah dan RasulNya. Akan tetapi maksud utama hijrah Hatib ada yang lain; iaitu keinginan hati untuk menawan Si gadis kecintaannya, sebab itu Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah mencelanya secara tidak langsung dengan menyabdakan Hadith tersebut di atas tadi.

Bagi kita kaum Muslimin yang mengikuti cerita Hatib tadi, janganlah dianggap celaan itu hanya ditujukan untuk Hatib seorang saja. Bukanlah itu yang dimaksudkan. Akan tetapi di sebalik peristiwa Hatib itu ada pengajaran lain yang harus kita perhatikan, supaya kita tidak menjadi seperti Hatib pula, sehingga celaan itu akan menimpa kita sama.

Dalam menjalankan perintah-perintah agama, janganlah hendaknya kita menyaingi ibadat-ibadat kita itu dengan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan keduniaan. Misalnya ibadah Haji. Ada orang yang menyaingi ibadat Hajinya dengan kerja-kerja keduniaan, seperti berniaga sewaktu dalam perjalanan ke Haji, atau dalam musim Haji, kerana keuntungannya berlipat-ganda ketika itu. Ataupun orang itu sengaja menawarkan dirinya untuk menguruskan hal-ehwal orang-orang Haji tentang keperluan-keperluannya dalam perjalanan atau sewaktu mengerjakan Haji itu, sebab seolah-olah dia bekerja dengan bakal-bakal Haji itu, dan mungkin sekali semua wang pelayarannya pun dikutip dan berasal dari bakal-bakal Haji itu samada sebagai komisen ataupun faedah pekerjaannya, yang kalau tiada kerana itu,tiadalah ia akan berangkat sama untuk menunaikan Hajinya. Amalan yang serupa ini tentu sekali tiada sepenuhnya tertumpu pada Pekerjaan ibadat terhadap Allah. Oleh kerana itu dikhuatiri tidak ada gunanya dan tidak ada pahalanya dari Allah subhanahu wa ta`ala.

Lain-lain misalan dalam perkara yang sama banyak sekali, dan semuanya adalah bergantung kepada niat masing-masing pelakunya. Maka hendaklah kita sentiasa waspada dalam hal ini, supaya ibadat-ibadat kita tiada dikongsi dengan amalan-amalan keduniaan, yang nyata sekali ditegah oleb agama, seperti dalam Hadith Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam tersebut di atas.

Untuk menentukan samada ibadat kita itu 100% kerana Allah atau tidak, tanyalah diri kita sendiri secara jujur dan bukan secara helah atau putar-belit, nescaya kita akan mendapati jawapannya yang betul. Seterusnya, Hadith ini, walaupun ditujukan khas kepada Hatib kerana niatnya yang telah menyeleweng dari tujuan asalnya, namun hukumnya umum ditujukan kepada seluruh kaum Muslimin, walaupun sebabnya yang pertama kerana Si Hatib tadi. Sebab Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam tidak pernah menujukan sesuatu kecelaan atau kemarahannya terhadap seseorang yang tertentu. Bahkan pengisytiharannya sentiasa umum untuk menjadi pengajaran kepada kaum Muslimin yang lain.Selain itu, Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam adalah pemalu orangnya dan tidak pernah menjatuhkan maruah orang lain, apatah lagi untuk membocorkan rahsia orang di hadapan khalayak ramai, itu tentulah jauh sekali.

WaAllahu A'lam...

sumber : Notes

ISTERI CERDIK DAN BERSTRATEGI


Wanita cerdik.. pandai menjaga maruah diri, pandai membatasi diri dengan hukum-hukum syariat. Kalau ia terlanjur, ia cepat-cepat memohon maaf pada suami, bertaubat minta ampun pada Allah dan berazam tidak mahu mengulangi lagi. Wanita cerdik sanggup berkorban apa sahaja untuk suami hatta perasaannya sendiri semata-mata hanya kerana ingin melihat hati suami gembira dengan layanannya kerana kegembiraan suami ertinya pahala untuk dirinya. Sekalipun dirinya dan jiwanya terpaksa bermujahadah. Waniat cerdik berjiwa merdeka. Hatinya tidak dijajah oleh rantaian dunia, syaitan dan hawa nafsu yang sentiasa menipu. Itulah wanita cerdik yang berstategi dalam menghadapi hidup.

Islam adalah agama bagi orang yang cerdik. Orang cerdik akan memilih sesuatu yang dapat menyelamatkan dirinya. Bukan sahaja selamat bahkan tenang, senang, damai dan bahagia di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Sebab itu orang cerdik akan memilih sesuatu yang tepat dan bukan setelah kena tipu baru ternganga. Itulah sebabnya orang cerdik memilih akhirat daripada dunia.

Islam mahukan wanita-wanitanya juga cerdik dan bersrategi. Cerdik adalah penting. Terutamanya isteri para pejuang. Isteri yang cerdik dan berstrategi tahu menilai dirinya dan bijak meletakkan diri, kerana pada tempatnya. Sifat cerdik membolehkan ia banyak membantu perjuangan suami. Isteri yang cerdik sentiasa pandai mengatur hidupnya, mengurus rumahtangganya, suami serta anak-anak.Ia cekap dalam bertindak jika ia perlu membuat keputusan sendiri. Isteri yang begini mampu untuk hidup dalam berbagai keadaan. Ia pandai menysuaikan diri. Suami akan menjadi dungu kalau memiliki isteri yang tidak cerdik yang hanya berfikir tentang dirinya, perasaanya tanpa memikirkan pengorbanan dan perjuangan suami.

Pejuang ertinya orang yang hidup berjuang. Bila berjuang ertinya perlu berkorban, dan setiap yang berkorban mesti terkorban. Sedikit sebanyak isteri-isteri pejuang adalah orang yang merelakan dirinya berkorban dan terkorban di jalan Allah. Bukan senang untuk menjadi isteri seorang pejuang. Terpaksa mengorbankan segala-gal demi menegakkan Islam di muka bumi ini. Tentulah sakit dan perit, tapi itulah nilai dirinya disisi Tuhan.

Sebab Rasullullah memilih isteri-isterinya dari kalangan cendiakawan(cerdik pandai). Bukan sahaja cerdik bahkan tangkas, cergas, bijak, rajin disamping cantik dan pemalu. Perempuan mesti ada sifat pemalu. Sebab malu itu bagi wanita adalah sebahagian dari iman. Pernah dalam sejarah memaparkan bagaimana cerdiknya isteri Rasullullah SAW. Kesemuanya isteri banginda 11 orang yang kekal dan terkenal dalam sejarah dan disebut-sebut. Yang cerdik diantara mereka, bijak pula dan selalu disebut-sebut oleh Rasullullah SAW ialah Sayiditina Aisyah .ha. Sayiditina Aisyah .ha. wanita mulia ini diberi kelebihan oleh Rasullullah, kuat pula ingatan dan dapat pula luahkan dengan tepat bila ditanya.

Kadangkala wanita-wanita akhir zaman ini memiliki sifat-sifat pandai berhujah tapi kepandaian itu digunakan untuk melawan kata-kata suami dan ibu bapa sehingga suami rasa dirinya tidak dihormati. Ada juga wanita-wanita cergas, tangkas, bijak, dan rajin tetapi bukan pada suami dan bukan mengabdikan diri pada jalan Allah. Mereka cergas, tangkas, bijak, rajin di hadapan boss, bersama kaum lelaki, turun naik bas untuk ketempat kerja, menghadiri majlis sosial, lincah berkawan di disko-disko, kelab-kelab malam dan sebagainya.Ini bukan wanita cerdik.

Wanita cerdik pandai menjaga maruah diri, pandai membatasi diri dengan hukum-hukum syariat. Kalau ia terlanjur, ia cepat-cepat memohon maaf pada suami, bertaubat minta ampun pada Allah dan berazam tidak mahu mengulangi lagi. Wanita cerdik sanggup berkorban apa sahaja untuk suami hatta perasaannya sendiri semata-mata hanya kerana ingin melihat hati suami gembira dengan layanannya kerana kegembiraan suami ertinya pahala untuk dirinya. Sekalipun dirinya dan jiwanya terpaksa bermujahadah. Waniat cerdik berjiwa merdeka. Hatinya tidak dijajah oleh rantaian dunia, syaitan dan hawa nafsu yang sentiasa menipu. Itulah wanita cerdik yang berstategi dalam menghadapi hidup.

Isteri-isteri Rasulullah yang cerdik-cerdik semuanya pernah dimiliki oleh orang lain, kemudian terlepas ke tangan Rasulullah. Syaditina Aisyah sebelum berkahwin dengan rasulullah SAW pernah bertunang dengan orang lain. Ummu Salmah ( kedua cerdik ) pernah menjadi kepada isteri kepada Abu Salamah. Zainab .a sebelum dikahwini Rasulullah, merupakan isteri kepada anak angkat baginda, Zaid Bin Harisah. Begitulah dengan yang lain-lainnya ada yang pernah menjadi janda sebelum berkahwin dengan Rasulullah. Setelah diamati dan dinilai barulah Rasulullah SAW kekalkan sebagi isteri.

Juwairiyah .ha. adalah seorang tawanan perang. Sebelum dijadikan isteri Rasulullah sudah terserlah kecerdikannya. Biasanya kalau sudah jadi tawanan,seorang itu akan bingung dan beku ( jadi bodoh ),tetapi tidak pada Juwairiyah. Sebaliknya ia sanggup berjumpa Rasulullah minta diberi perlindungan, dibebaskan dia dan keluarganya. Orang yang berjiwa tenang sahaja yang boleh membuat begitu di saat orang lain gawat. Inilah wanita yang Rasulullah mahu dan diperisterikan. Bukan panik dan takut hanya kerana seekor lipas!

Begitulah nilaian Rasulullah dalam memilih calon isteri. Bukan seperti kita hari ini. Pilih calon kerana ada kelulusan universiti. Kononnya bijak boleh melahirkan anak yang pintar. Tapi kebanyakan yang berpendidikan tinggi tidak sedar dia menghambakan ibuayah dan mentua. Ibu ayah dan mentua dijadikan hamba menjaga anak-anak mereka. Itupun ibu-ayah tidak sedar kerana dikaburi dengan wang yang dihulurkan setiap bulan.

Ada yang menganggap isteri yang cerdik itu isteri yang up-to-date yang berpakain ikut trend,make-up tebal, rambut diset dengan pelbagai fesyen. Boleh ikut suami dalam apa sahaja majlis pun, pandai menari dan tidak kekok bergaul dengan rakan-rakan suami. Itu yang diharapnya dijadikan isteri. Hanya suami yang dayus sahaja yang sanggup melihat isteri ditonton oleh rakan-rakannya. Lelaki dayus tak akan masuk syurga, kata Allah. Itupun kita masih tidar sedar. Masih berkhayal dengan dunia yang bersifat sementara.

Cuba kita lihat apa pentingnya Rasulullah memilih wanita-waniat cerdik sebagai isteri? Pada sesetengah lelaki, ia hanya menilai pada cantiknya semata-mata. Pada pemimpin ummah seperti Rasulullah, sangat memerlukan isteri yang cerdik dengan kecerdikannya dapat dapat membantu baginda dan perjuangan Islam.Perempuan cerdik dapat membantu suami disudut ia mampu semata-mata untuk membangunkan islam. Ia senang diajak bertukar-tukar fikiran, berbincang, saling memberi dan menerima, dapat pula melayan suami dengan baik, dapat menerima baik fikiran suami dan disampaikan dengan tepat pula. Sanggup berhadapan dengan bermacam-macam golongan masyarakat selagi tidak melanggar batas syariat, dapat membela Islam bila dipertikaikan dan lain-lain lagi. Bila isteri dapat berperanan sedemikian di sisi suami yang berwatak pejuang.

Kalau cantik semata-mata tanpa cerdik dan berstategi, suami akan cepat jemu. Suami pulang semata-mata untuk berehat dan bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak. Selepas itu dia akan diam membisu. Perasan jemu tinggal dirumah akan menyebabkan suami tidak suka duduk di rumah. Apatah lagi kalau isteri itu di samping tidak cerdik dalam menghadapi suami, tidak ada rupa pula, lagilah suami jemu. Untuk berhadapan suami, perlu juga susun strategi. Perlu faham dan kehendak. Perlu faham ˜mood" suami. Bila ia suka di layan, bila dia hendak berehat, bila ia hendak bergurau, dan berkelakar dan bila pula suami ingin berbincang secara serius dalam hal-hal tertentu dengan isterinya. Isteri yang bijak pandai menepati kemahuan dan kehendak suami tanpa perlu diminta.

Hatta, dalam hal memasak pun isteri perlu cerdik. Kalau tidak cerdik, barang yang mahal jadi tidak sedap. Isteri perlu faham selera suami, kesukaan dan kegemarannya, biarpun ianya murah, tapi diadun dan direka menjadi satu masakan yang lazat. Jangan terjadi suami lebih gemar makan diluar dari makan masakan isteri sendiri.Isteri yang terlalu lurus juga tidak dapat memberi hiburan pada suami. Isteri yang terlalu menurut tanpa menggunakan fikirannya untuk menilai sesuatu atau memberi pandangan pada suami, tetapi tidak pula menjejaskan ketaatan pada suami atau melawan kata suami. Pernah salah seorang isteri Rasulullah oleh sayiditina Aisyah akan kecerdikannya,katanya: "pergi katakan pada Rasulullah bila engkau berjumpanya nanti. Aku berlindung dengan Rasul? Sedangkan Islam mengajar untuk berlindung dengan Allah! "

Ummu Salmah .a terkenal cergasnya dan pernah mengikuti beberapa peperangan hingga mendapat luka-luka. Pernah berlaku selepas hijrah Rasulullah ke Madinah, Rasulullah dan para sahabat sangat rindu untuk mengerjakan haji di Makkah. Perjanjian Hudaibiah pun dimeteri. Tetapi ternyata perjanjian itu berat sebelah. Atas kebijaksanaan Rasulullah, umat Islam patuh juga pada perjanjian itu kerana dalam jangka panjang perjanjian itu menguntungkan orang Islam. Ini semua tidak disedari oleh pihak Quraisy Makkah. Para Sahabat sudah dalam keadaan terpinga-pinga ketika mereka dilarang masuk ke makkah. Maka tidak ada harapanlah untuk mengerjakan haji pada masa itu.

Pihak Quraisy membenarkan mengerjakan haji pada tahun berikutnya. Sedangkan mereka terlalu rindu Baitullah hinggakan bila Rasulullah menyuruh sahabat-sahabat mencukur rambut dan menyembelih binatang korban, mereka di saat itu mereka tidak berbuat. Ummu Salmah memberi fikiran agar Rasulullah SAW dulu memulakannya. Akhirnya bila Rasulullah berbuat, barulah semua sahabat mengikut dan sedar akan perintah Rasulullah.

Itulah pentingnya isteri yang cerdik yang sentiasa mengingatkan suaminya. Dapat menyelesaiakan masalah suaminya.Dengan kemampuan yang ada pada isteri yang cerdik, banyak perkara boleh diselesai. Bukan sahaja masalah suami bahkan juga masalah masyarakat.Dia boleh mengajar, mendidik,memberi pandangan,menasihat, merawat dan lain-lain lagi sebagai isteri yang serba boleh setakat kemampuannya.

Bagaimana untuk didik diri agar jadi isteri yang cerdik dan berstrategi? Isteri hendaklah sentiasa faham kehendak suami barulah boleh bertindak tepat mengikut kesukaan suami. Isteri kena kreatif, asah fikiran sendiri agar dapat pelbagaikan layanan untuk suami. Korbankan segala-galanya untuk suami kerana Allah suruh kita taat pada suami. Kita kahwin dulu pun dengan harapan suami sebagai pembimbing. Jadi tidak patutlah kalau suami kita buat macam kawan, layan lebih kurang. Ini bukan isteri yang cerdik. Isteri begini hanya mahu diri dan perasaannya dilayan. Sedangkan dirinya sendiri tidak mahu berkhidmat melayan suami.Ini sudah lari dari tugas sebagai isteri.

Oleh itu jadilah isteri yang cerdik dan berstrategi dalam memahami perjuangan suami di luar rumah.

Wassalam.

sumber : Notes

20 Perkara Yang Membuatkan Wanita Membenci Lelaki

1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN

Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN

Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga

Sumber : Notes