Thursday 23 July 2015

Unexpected Gifts :)

Assalamualaikum,

   Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin dan Eid Mubarak kepada rakan-rakan yang mengikuti blog ini. Semoga di hari raya ini akan menjalinkan ikatan ukhwah sesama kita, Insya Allahu Ta'ala.

   Sebenarnya saya nak berkongsikan sesuatu, bagi saya ianya sangat manis dan membuatkan bibir ini tak berhenti senyum, ha...mcm nie larr...(^____________________^). Selama ini, saya tak berapa layan window shopping dekat website, memang tak pernah ambik tahu pun. Namun segalanya telah berubah, bila ada yang menggoncang tugu ketetapan hati ini (haha...berbunga2 bahasa)dengan memberikan saya voucher percuma membeli belah di website shopping online, iaitu ZALORA, yang diberikan oleh sepupu saya. Dapatlah juga kasut free tanpa bayaran dan free shipping yo~~hehe...Alhamdulillah, rezeki bulan Ramadhan, kata hati saya. 


   Nak dijadikan cerita pula, saya menerima ‘barang’ yang dihantar terus ke rumah, hairan bin ajaib jugak, bila saya baca tax invoice, tiba-tiba saya teringat, salah seorang kawan karib ada bertanya di whatsapp akan alamat saya. Sekali lagi, tersenyum riang tanpa kata bila mendapat hadiah yang tak disangka. Alhamdulillah, rezeki  bulan Ramadhan, kata hati saya.Di samping itu, dalam 'parcel'(kotak bungkusan)yang saya terima, terdapat banyak koupon-koupon yang diberikan untuk membeli belah di ZALORA.

   Kawan karib saya memang sentiasa mengikuti fesyen dan trend, dan dia selalu melawat dan membeli belah di laman web seperti ZALORA, LAZADA, 11Street dan bermacam-macam lagi.

                                                        Zalora Glitter Loafers


   Akhir sekali, buat ingatan kite-kite jer, berbelanja ikut kemampuan, kalau tak mampu, window shopping jer,hehe…