Monday, 5 July 2010

Sapa bwh zodiak Aquarius...baca ek...

Bila dah baca highlight, memang dah agak yang saya nie nak mengupas serba sedikit mengenai zodiak Aquarius. Sebagai pemegang zodiak Aquarius nie, kenalah tau akan sifat-sifat dan perangai-perangai yang ada dalam diri. Itulah namanya muhasabah diri sendiri. Walaupun ianya bukan 100% sama pada diri kita, mungkin ada yang sama dengan diri org lain yg juga di bawah zodiak ini. Ok...apalagi...sambil2 minum tue baca ler...tak sampai bjam2...hehe...
Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 20 Januari hingga 18 Febuari dikatakan bernaung di bawah zodiak Aquarius, yang berlambang gelombang (alur air). Anda meminati pengembaraan, berjiwa kemanusiaan, ingin tahu, ada semangat berontak, bersikap spontan, progesif, persahabatan, hak asasi, berkumpulan, dan manfaat manusia.
Ciri Negatif
Walau bagaimana pun,ada kalanya Aquarius menghadapi gangguan, tak boleh dijangka, suka membantah, memberontak, tak lengkap, perilaku salah, tak kosisten, perangai radikal, kurang kaedah, dan mendatangkan bencana.
Kualiti Astrologi Aquarius termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, LEO dan SCORPIO.
AQUARIUS SEPINTAS LALU
Lambang : Gelombang (Alur air)

Kunci Kata : Kemanusiaan


Kekuatan: Keunikan dan wawasan


Perlu Perbaiki : Rasa hormat pada ego orang lain dan cinta peribadi


Cepat Mesra Dengan : Gemini


Perlu Belajar Daripada : Leo


Untuk Keselamatan Berpaling Kepada : Taurus


Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh : Scorpio


Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh : Capricorn dan/atau Libra


Warna Kesukaan : Biru Kilat dan/atau Kelabu


Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan Harmoni : Emas dan/atau Oren


Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri : Warna Air (Aqua)


Batu Permata : Mutiara Hitam; Baiduri; Biru Nilam


Logam : Plumbum
Bau-bauan : Azelea dan/atau Bunga Cina (Gardenia)
Hari Terbaik : Sabtu
AQUARIUS : GELAGAT PERHUBUNGAN
Anda yang dilahirkan berzodiak Aquarius ini , sangat terbuka. Demikian juga dalam soal asmara. Anda memilih kawan atau pasangan terutama kerana daya tarik intelektual, bukan raut muka dan bentuk badan.Aquarius ini menyintai kebebasan sehingga tidak mungkin berdamping dengan seseorang yang pengongkong. Kegemaran pada kegiatan luar rumah menjadikan anda tidak berminat menjadi ‘ratu dapur’. Walaupun semacam dingin dan individu, namun Aquarius setia orangnya !
Teman atau kekasih yang secocok bagi Aquarius adalah Aries (21 Mac – 20 April ) dan Gemini (21 Mei - 20 Jun). Walau bagaimana pun, anda perlu bersabar lebih apabila berdamping dengan Capricorn ( 21 Disember – 19 Januari ) dan Virgo ( 22 Ogos – 22 September ).
Aries merupakan pendamping yang sesuai bagi Aquarius. Semangat Aries yang tinggi untuk menambah ilmu menarik perhatian Aquarius. Aries sebaliknya menyenangi sikap Aquarius yang terbuka.Gemini pula mempunyai persamaan dengan Aquarius. Kedua – duanya memandang daya intelektual bukannya rupa dan tubuh badan semata – mata. Keinginan Aquarius memburu kerjaya turut disenangi oleh Gemini.
Oleh sebab Aquarius bersikap dingin, anda sukar berdamping dengan Capricorn yang sikapnya tertutup. Namun begitu, anda berdua sama – sama cerdas dan memendam rasa. Seterusnya, anda mungkin kurang sesuai berdamping dengan Virgo. Hidup anda menjadi kaku dan mendatar apabila berpasangan denganVirgo yang serius.
AQUARIUS : KERJAYA DAN KEWANGAN
Kelahiran Aquarius ini biasanya tekun bekerja dan ingin orang lain sama tekun bekerja sama. Lantaran itu Aquarius gemarkan kerjaya yang mengikat dirinya dengan asas kefalsafahan , kekreatifan dan berlandaskan kaedah serta teknik yang tersusun.
Aquarius cepat menguasai kerjaya dan berupaya menyumbang idea bagi peningkatan diri dan organisasi, dan gemar membantu teman sekerja. Walau bagaimana pun, untuk berjaya ke matlamat kerjaya yang tertinggi , anda perlu mengembangkan sensitiviti emosi, perasaan mendalam dan kesabaran yang tinggi.
Dari segi perolehan wang , kelahiran Aquarius cenderung bersikap idealistik dan kemanusiaan. Anda biasanya pemurah dan suka menyumbang untuk sosial dan politik tetapi tanpa mengharap balasan atau sanjungan. Aquarius memerlukan wang untuk keperluan yang berfaedah bagi diri, keluarga atau orang lain. Tetapi bukan untuk status diri sendiri semata – mata.
AQUARIUS : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA
Dalam keluarga dan rumah tangga, kelahiran Aquarius mudah berubah, iaitu tidak stabil. Namun , anda tetap inginkan sebuah rumah yang baik untuk melayan keluarga dan kawan.
Demi keharmonian rumah tangga dan keluarga, anda perlu memasukkan ciri-ciri kestabilan dan kauliti. Di samping mengutamakan daya intelektual , anda sebenarnya perlu meresapkan cinta ke dalam rumah dan keluarga.
AQUARIUS : PERHUBUNGAN SEKS
Aquarius lebih tertarik pada cinta minda daripada cinta jasmani. Anda bijak dan sangat tekun. Sikap Aquarius terhadap seks bercampur – campur. Sesetengahnya mengemari seks, manakala sebahagian golongan lagi berasa lebih gembira tanpa seks.Kebanyakan yang berlambang Aquarius berada dalam keadaan keliru lantaran hanya diri anda sahaja yang memahami diri sendiri.

Sunday, 4 July 2010

' Kernaku Muslimah.....ku cuma ingin menyebarkan.... '

Sebagai seorang wanita Islam memang sudah mengetahui akan kewajipan menutup aurat ; yang mana aurat wanita adalah seluruh anggota badan selain dua tapak tangan dan muka. Saya di sini ingin berkongsi akan persoalan yang dikemukan mengenai cara bertudung mengikut syaria't agama Islam. Semuanya bukan saja berkaitan dengan anjuran agama dengan menutup aurat semata-semata, ianya juga termasuk mengenai akhlak dan perangai.

Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga
auratnya sering menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah
beberapa jawaban saya yang mungkin dapat membantu rakan-rakan muslimah
bagi menjawab perlian tersebut. Saya letakkan dalam bentuk point supaya
lebih mudah dan kelihatan ringkas.

1 – Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai,
mahupun dressing semata-mata. Tapi, dinilai bermula dari dasar akidah
dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa
usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang
sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing yang mengaku sebagai
muslim.

2 – Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen
atau suka-suka. Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah.
Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim.
Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib
menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak
yang baik.

3 – Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun
anda seorang pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak.
Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban
bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda
seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh
tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak…) sekalipun,
anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera
tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban
bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan
ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas
dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak
layak bertudung… sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.

4 – Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga
satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak
baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk
lakukan dua-dua.

5 – Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun
Perangai Buruk!”, Sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan
ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa.
Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah
memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah
(dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih
baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani
melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan
aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk
memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah
lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan? Anda mahu lawan
Tuhan?

6 – Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik… semuanya
adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi,
ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada
hak sedikitpun dalam menetapkan syari’at2 tertentu di dalam agama dan
kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita
kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya
telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan
manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas.
Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati
Allah.

7 – Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar
meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar
pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum
sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka
orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Saya
katakan… anda siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat
itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.

8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini… kita sewajarnya saling
nasihat-menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam
usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di
dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan
tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh
Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar
sempurna?

Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahihah!

"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan
memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya
dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian
untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian
takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari
tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”
(al-A’raaf 7: 26)

Semoga ianya akan menjadi satu panduan dan pengetahuan kerana segala yang berkaitan dengan anjuran agama adalah perintah dari Allah subhanahu wataa'la. Wallahu a'lam bisawab...

Friday, 25 June 2010

' A Study of Logos ' 2


ELEFONT
This logo might look like a simple letter, but don't be fooled :
U can see a part of elephants trunk in the negative space inside the letter e.


SUN MICROSYSTEMS
The sun logo is one of the most famous ambigrams in the world.
U can read the brand name in every direction; both horizontally and vertically.
This logo was designed by professor Vaugan Pratt of the Standford University.


NBC
The NBC ( National Broadcasting Company ) is one of the biggest American television networks.
Most of U have already seen the peacook in the logo. The peacook has 6 different tail feathers, referring to the 6 divisions at the same time that this logo was created.
The peacooks head is flipped to the right to suggest it was looking forward, not back.


UNILEVER
Unilever is one of the biggest producers of foods, beverages, cleaning agents and personal cares products. They produce a huge amount of different products and they wanted to reflect this in their logo. Each part of the logo has a meaning.
For example: the heart represents love, care and health-feeling good,
a bird is a symbol of freedom.
Relief from daily chores getting more out of life.


CARREEFOUR
Carrefour is one of the biggest European retailers, and its also French for crosswords.
The logo symbolize this word via 2 opposite arrows.
They also added the first letter of the name, because if U look closely U'll see the letter C in the negative space between the two arrows.


HARTFORD WHALERS
This logo also uses a negative space to create the letter H.
You can see 3 different parts:
the letter H and W and a whales tail in blue.


ROXY
Roxy is a company that specializes in clothing and accesories for girls who snowboarding,
surfing. The company is actually a part of Quiksilver.
The Roxy logo is made of 2 Quiksilver logos that form a heart.


GREENLABS
This logo looks like a simple, boring green tree, but if U look at the tree crown,
U'll see that it can also be interpreted as a brain.
The logo lays emphasis on the strong intellectual capabilities of the companys staff and also reflects green and labs parts of their name.



' A Study of Logos ' 1


TOSTITOS
If U see at the center of this logo, U can see 2 people enjoying a Tostito chip with a bowl of salsa.
This logo conveys an idea of people connecting with each other.


FORMULA 1
At first, this logo might not make much sense. But if U look closely, U'll see the number 1 in the negative space between The F and the red stipes.
This logo communicates a feeling of speed.


MILWAUKEE BREWERS
The Milwaukee Brewers is a professional baseball team from Milwaukee, Winconsin.
Their logo is actually made up of the letters M ( on top ) and B ( below M ).
These 2 letters also form a baseball glove.


NORTHWEST AIRLINES
The simple looking logo actually carries a lot of information.
First of all U can see the letters N and W, the first 2 letters of the brand name.
But what most people don't see is the compass that point to the Northwest,
another reference to the brand name.


AMAZON
This logo doesn't seem to hide much at first sight,
but it gives U a little insight in the philosophy behind the brand.
First of all, the yellow swoosh like a smile :
Amazon wants to have the best customer satisfaction.
The swoosh also connects the letter a and z,
meaning that this store has everything from a to z.


BASKIN ROBBINS
The old logo of Baskin Robbins had the number 31 with an arc above it.
The new logo took this idea to the next level.
The pink parts of BR still form the number 31 , a reference to the 31 flavors.


EIGHT
Every letters is made of the number 8.


SONY VAIO
Sony Vaio is a well known brand of laptops.
But did U know the the name of Vaio logo also had a hidden meaning??
Well, the first two letters represent the basic analogue signal.
The last two letters look like a 1 and 0, representing the digital signal.

' Colourful Planes '

Bila tengok painting kt airplane nie, hati pun gumbira...
Inilah salah satu teknik untuk menarik perhatian penumpang..
bermacam2 rupa dan bentuk painting kt airplane tu..
kalau saya ada airplane sendiri..
wajah sendiri nie yang akan terpampang...hehe..
Amboi, ada hati....:P

Wednesday, 23 June 2010

Gelora Cinta Seorang Gadis 2

Walaubagaimanapun dia masih menghiasi hari-hari ku di fakulti. Ada beberapa tugasan yang memerlukan kami berkomunikasi. Aku cuba menjadikannya seminimal mungkin. Aku sedaya-upaya menjauhkan diri. Tingkahku kadang-kala seperti membenci. Aku tak mahu melukakan hati sesiapa tapi murka Allah lebih perlu ku jaga. Perasaan itu adakala memudar. Tapi kadang-kadang begitu mencengkam sanubari.

Aku tegar mendekati Tuhan. Malam-malam ku hiasi dengan pujuk rayu, memohon tanpa henti diberi kekuatan melawan perasaan. Aku makin rajin hanyut dalam kalamullah, Al-Furqan benar-benar penawar hati yang mustajab. Dalam keasyikan menghayati keindahan dalam pembacaan, aku jadi leka seketika dari zikir tentangnya. Zikir yang aku sendiri tak mahu mengungkapnya tapi hadir tanpa rela.

Bila waktu perasaan itu benar-benar menduga, adakala aku mengharap amat dia memulakan langkah pertama. Aku berharap dia juga punya perasaan sepertiku. Aku harap ada hubungan menjalin perasaan itu. Aku harap cinta itu mekar dan saling berpadu.

Malahan adakala kutitip dalam doa di kala dinihari. Ada ketika, bila dia melintas di depan mata aku berharap dia berhenti, menatap wajahku dan mengungkap kalimah keramat yang sangat ku rindu. Aku berharap di menggenggam tanganku dan bawa aku melestarikan cinta berdua.

Tapi itu cuma harapan. Dia tidak pernah menjelingku walau sekilas. Aku juga tak mahu begitu. Aku cuma mengharap kerana perasaan itu begitu mendesak. Namun tangisku akan panjang setelah itu. Rasa kesal mendalam kerana cinta Tuhan yang patut ku damba, bekhalwat dengan-Nya yang wajar ku impi, menggapai kasih-Nya yang mesti ku rindu. Betapa hitam hatiku hingga tidak mengenal apa yang utama. Ya Allah, aku pohon Engkau menghapuskan ingatan ku padanya, tak sanggup aku menanggung tompokan hitam yang begitu memberat di kalbu.

Kadang-kala aku resah kenapa tidak dia meluahkan perasaan padaku. Atau pada sesiapa jua. Aku pasti satu perkara, ketinggian peribadinya yang menjerat perasaanku. Andai dia melencong arah, pasti perasaan ini kian memudar dan akhirnya hilang. Mengapa dia begitu sempurna sebagai manusia? Ya Allah, benar-benar ciptaan-Mu ini merupakan ujian bagiku, oleh itu aku mohon kekuatan dari-Mu.

Lebih empat tahun aku mengekang perasaan. Segalanya telah kulakukan demi mengekalkan kesucian dalam jiwa. Tinggal saja aku tak sanggup menukar jurusan yang ku pilih kerana minat mendalam yang tak mungkin ku singkir.

Aku berpegang pada janji Allah. Dalam Surah An-Nur, ayat 26; bermaksud ‘wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik pula’. Aku yakin aku akan menemui pemilik tulang rusuk yang darinya aku dicipta. Aku pasti telah tertulis di luh mahfuz namanya. Bukan aku menyerah takdir tapi aku benar-benar yakin kepada-Nya.

Cuma sabda Nabi s.a.w. ‘Apabila seseorang hamba telah berkeluarga, bererti dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka takutlah kepada Allah terhadap separuh yang lain’. Begitu juga sabda baginda ‘Perkahwinan itu sunnahku.

Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku’. Aku mahu menyempurnakan agama serta mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Perasaan itu ada pasang-surutnya. Namun tak pernah mati. Aku juga makin mengerti akan makna kehadiran perasaan itu. Perasaan itu sama sekali bagai anugerah kurniaan Ilahi. Ujian yang membawa keteguhan hati dan iman. Tiap kali aku berjaya melawan godaan perasaan, semakin mantap keyakinan dan keimananku pada Ilahi.

Sesungguhnya Allah tak pernah menjanjikan jalan yang mudah bagi orang-orang yang beriman tapi Allah berjanji akan sentiasa di sisi menemani perjuangan hamba-hamba-Nya yang yakin dengan janji-janji-Nya.

Masa berlalu pantas. Aku bakal meninggalkan perkarangan taman ilmu yang telah banyak menjadi saksi perjuanganku menjaga kesucian hati. Aku tahu aku bakal melangkah dunia luar yang lebih banyak onak duri merintangi. Ya Allah, tetapkanlah langkahku atas jalan-Mu.

“Sesungguhnya aku sudah lama tertawan padamu. Sesungguhnya sudah sekian waktu cintaku bersemi buatmu. Sesungguhnya namamu telah terpahat kukuh dan bertakhta di hati. Tapi demi kesucian hubungan yang ingin aku lestarikan, aku pendam perasaan itu jauh di lubuk hati, aku simpan rapi tanpa sebarang noda. Sesungguhnya memang tekadku menyunting mu sebagai suri hidupku dalam ikatan yang suci. Demi cinta yang ku pelihara kesucian buat sekian lama, demi Tuhan yang menganugerahkan cinta ini, sudikah engkau menerima ku sebagai suami mu? Lelaki yang harta dan maruahnya adalah amanahmu serta lelaki yang padanya terletak maruah dan syurga mu,”

Air mata ku menitis, tak mampu lagi berkolam di tubir mata. Wajah redupnya kutatap. Suara lembutnya menusuk sukma. Sinar matanya membuah syahdu. Dia mengukir senyuman mempesona jiwa raga. Perlahan jari-jemarinya menyentuh wajahku, menyapu air mata mengalir di pipi. Aku tunduk, menahan getar dalam kalbu.

Aku bersyukur dia tak pernah meluahkan isi hatinya. Aku bersyukur aku tegar menongkah arus perasaan. Aku takjub kerana kekuasaan Allah di luar batas kemampuan insan. Aku takjub kerana kesabaran menempuh ujian dibalas nikmat yang sungguh mengasyikkan. Aku bersyukur dan takjub bahawa aku kini isteri yang sah kepada lelaki yang sekian lama ku menaruh cinta. Aku bersyukur memiliki cintanya tanpa menggadai cinta Ilahi. Aku takjub dengan keajaiban cinta. Aku akhirnya bisa merai cinta setelah sekian lama.

Hari konvokesyen adalah hari yang dinanti-nanti setiap insan yang bergelar mahasisiwa. Sejak melangkah ke menara gading, aku tak pernah berhenti membayangkan hari konvokesyen yang gilang-gemilang yang bakal aku hadiri sebagai seorang siswazah. Hari itu pasti mengukir sejarah manis dalam diari setiap insan yang melaluinya. Siapa sangka pada hari itu aku menerima lafaz keramat yang selama ini ku nanti.

“Saya...saya.....sudikah awak menjadi isteri saya?” aku disunting dalam barisan beratur menunggu giliran untuk naik ke pentas. Wajahku merona merah, jantungku yang dari tadi berdegup kencang kerana terpaksa berada di hadapannya dalam barisan itu semakin dipalu-palu rasanya. Aku diam. Hilang punca untuk berbicara.

“Saya anggap diam tanda setuju. Insya-Allah, dalam minggu depan ibu bapa saya akan bertandang ke rumah awak. Awak tak perlu risau, saya sudah mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang tetap,” lancar bicaranya. Lidah ku kelu sama sekali. Tentu sekali tidak menyangka ada sejarah lain yang bakal terukir dalam memoriku hari ini selain majlis konvokesyen yang penuh berprestij. Aku tak tahu apa perasaanku saat ini. Segala bercampur-baur tidak menentu. Aku bimbang hilang konsentrasi sedang aku bakal naik ke pentas dalam beberapa minit lagi. Aku mengosongkan minda kecuali bergumam di ruang fikiran, ‘janji Allah itu pasti’.


Nukilan Suci,

Amal Mina

(11 January 2008)

Gelora Cinta Seorang Gadis 1

Selesai memberi salam hatiku tak tertanggung lagi. Pantas aku bangkit, meninggalkan lompang antara saf. Aku melangkah tergesa, segera meninggalkan musolla yang dingin dan damai, tak seperti hatiku yang bergelora panas. Suara zikir yang mengganggu naluriku semakin sayup kedengaran. Air mataku tumpah deras. Kuketap bibir, tertahan-tahan sendu yang bisa saja menarik perhatian. Langkahku terus mantap menuju kamar.

Aku hempaskan punggung di birai katil. Aku menangis sepuas hati. Untung saja teman-teman sebilik tidak ada, jika tidak banyak pula persoalannya. Telekung putihku lencun dengan air mata. Aku benar-benar bagai di siksa walau tiada kelihatan segaris pun luka.

Entah berapa lama, tangisku mulai reda. Ku ucap istighfar berulangkali, di bibir dan di hati. Segera ku kesat wajah berbekas air mata. Ku pandang jam dinding menunjukkan angka lapan. Ku gumam istighfar dan ta’awudz silih berganti. Ya Allah, ampunkanlah hamba-Mu yang dhaif dan hina ini kerana terlalu mengikut hati dan perasaan. Hati ku terus memohon keampunan atas keterlanjuran yang pasti tipu daya syaitan.

Aku lucutkan telekung dari tubuh. Pantas menuju bilik air untuk berwuduk. Aku perlu memperbaharui solat maghrib yang tidak sempurna khusyuk angkara debaran dada yang mengganggu. Entah sejak bila bermula. Ada keanehan mengalir dalam diri bila berdepan dengannya. Wajah redupnya menarik pandangan dan lembut tutur katanya mempesona pendengaran. Fikiran jadi kacau. Jiwa dirantai sejuta perasaan. Memandangnya walau sekilas bagai satu mukjizat. Suara, perwatakan bahkan langkah yang diatur mengkaku tiap pancaindera. Minda terus-menerus diburu gambaran wajahnya. Hati tak berhenti melakar namanya. Subhanallah, apakah yang melanda diriku? Apakah ini namanya cinta? Bagaimana caranya untuk ku menanganinya? Ya Allah, kasihanilah hamba-Mu yang lemah ini, berikanlah petunjuk dan hidayah-Mu. Aku tak pernah mengenal cinta selain cinta Ilahi. Bisikan Umi sejak dalam rahim. Ajaran Abi dari usia satu hari. Tiba-tiba perasaan ini hadir menggugah cinta didikan Abi dan Umi. Salahkah perasaan ini?

Aku dibelenggu pertanyaan. Terus dalam keraguan. Perlukah dilestarikan cinta? Apakah itu bermakna aku berpaling dari cinta-Nya, mengkhianat dan berdusta. ‘Perasaan cinta itu memang fitrah, fitrah manusia yang telah ditentukan Allah s.w.t. seperti firman Allah dalam Surah Asy-Syams, ayat 8 hingga 10, yang bermaksud ‘maka Allah mengilhamkan pada jiwa itu jalan kefasikan dan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya’. Jelas di sini fitrah yang ditetapkan Allah dalam diri manusia terbahagi kepada dua jalan yang perlu dipilih, kefasikan atau ketakwaan,’ suara Ustaz Rizal bergema di ingatan. Ustaz muda berjanggut pandak itu memang sentiasa menarik pendengaran pelajar dengan intonasi suara yang berbeza dan kiasan bahasa yang pelbagai dalam setiap sesi kuliah maghrib yang kelolaannya. Ceramah yang hampir setahun berlalu ketika aku masih di alam persekolahan sebelum menjejak dunia kampus yang penuh pancaroba, seakan-seakan memberiku peringatan.

Adakah perasaan ini cinta yang fitrah ada pada setiap remaja yang menginjak dewasa? Apakah ia jalan ketakwaan? Atau jalan kefasikan? Mungkinkah keuntungan yang akan ku capai atau kerugian yang bakal ku tanggung? Soalan demi soalan menguji hati dan mindaku. ‘Sesungguhnya kekuatan dalam melawan fitrah ke arah kefasikan menunjukkan kekuatan iman seseorang mukmin. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda bahawa ‘Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah’.

Maka jadilah mukmin yang kuat untuk memperoleh cinta dan kasih-sayang Allah yang Maha Agung,’ suara Ustaz Rizal terus merangsang pemikiranku. Kuatkah aku melawan perasaan? Membunuh rasa cinta yang semakin mekar berbunga? Apakah aku lemah andai ku biar ia subur menghuni hati? Kurangkah cinta Tuhanku yang selama ini indah ku kecapi? Mampukah aku kehilangan cinta hakiki Ilahi demi cinta ini? Antara dua cinta aku menjadi buntu sama sekali. Memang aku penggemar cerita sufi. Tapi tiada niatku meniru Rabiah Al-Adawiyah. Sungguh aku takjub dengan cinta Siti Zulaikha. Tapi tidak terdetik dikalbu menagih cinta seorang pun jejaka. Namun, sesungguhnya aku mengagumi Siti Maryam, begitu sabar dan tabah biar diuji dugaan yang tak tertanggung oleh mana-mana gadis pun sepanjang zaman dan tempat. Namun, istimewanya dia gadis suci yang wara’ yakin dengan janji-janji Tuhannya.

Barangkali ini ujian Tuhan menduga iman hamba-Nya. Bukankah di dalam Alquran, Allah ada berfirman ‘Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengata kan Kami telah beriman sementara mereka tidak diuji?’( Al-Ankabut ayat 2 ).

Bukankah ujian yang ditimpa Tuhan adalah petunjuk cinta-Nya kepada hamba? Bukankah setiap kali ditimpa bencana, hamba yang beriman akan meminta dan memohonbantuan-Nya? Bukankah Allah suka mendengar suara rayuan dan rintihan itu? Allahuakbar, jika benar ini ujian-Mu, berikanlah kekuatan agar aku teguh di atas jalan-Mu.

Aku tak mungkin menjadi Siti Maryam kerana aku sendiri gagal mempertahankan kesucian hati. Hatiku ternoda dengan kemaksiatan bila terkenang pada sesuatu yang tidak halal bagiku. Hatiku tidak khusyu’ dalam mendamba cinta-Nya kerana dalam waktu yang sama mengharap cinta makhluk-Nya. Ya Allah, kau redakanlah gelora perasaan ini kerana sepertinya aku seakan lemas dalam pukulan ombak ganasnya.

Pernahkah mendengar kisah pemuda yang kelaparan lalu makan epal yang hanyut di bawa air sungai yang mengalir? Lalu pemuda jujur itu menjejak pemilik buah epal untuk meminta maaf di atas dosa memakan epal tanpa keizinan dan sanggup melakukan apa saja demi menebus kesalahannya itu. Pemilik epal lantas meminta pemuda itu bekerja di ladang epalnya untuk sekian-sekian waktu. Pemuda itu lantas bersetuju dan bekerja dengan rajin dan amanah. Setelah sampai waktu akhirnya, pemilik epal memberikan satu lagi tugasan sebelum menghalalkan epal yang telah dimakan pemuda itu.

Kata pemilik epal ‘Aku mahu engkau mengahwini anak perempuanku yang buta matanya, tuli pendengarannya, bisu mulutnya dan cacat anggotanya,’ Pemuda itu tentu saja tergamam dengan permintaan pemilik epal tadi. Tapi kerana sifat jujur dan amanahnya, dia setuju untuk melaksanakan perkahwinan itu asal saja epal yang telah dimakannya dulu dihalalkan dan kemaafan pemilik epal diperoleh. Tentu saja bukan sikap amanah pemuda itu menarik hatiku saat ini kerana sesungguhnya aku cemburu pada anak pemilik epal itu. Bukan kerana bakal memiliki suami yang soleh dan beriman tapi kerana anak perempuan pemilik epal itu tidak buta, tuli, bisu mahupun cacat bahkan dia gadis sempurna yang sungguh jelita. Cantik luar dan dalaman.

Pemilik epal terpaut kepada peribadi mulia si pemuda lantas mahu menjadikannya suami kepada anak gadisnya yang matanya tak pernah menatap lelaki selain ayahnya, telinganya tak pernah mendengar sesuatu yang dusta, mulutnya tak pernah mengeluarkan bicara yang sia-sia dan anggota tubuhnya tak pernah melakukan maksiat. Aku cemburu dengan kesucian gadis itu. Gadis yang ku kira wajar menjadi idola bagi setiap pencinta kesucian.

Air mataku menitis buat kesekian kali. Terlalu jauh aku dari gadis itu. Terlalu beza aku dibandingkan gadis itu. Ya Allah, walaupun cuma satu peratus atau kurang dari itu, kurniakanlah aku kesucian seperti gadis itu. Ya Allah, aku sedar ya Allah betapa kotornya aku, maka bantulah aku membersihkan diri. Aku mencari setiap peluang dan ruang membawa aku jauh dari perasaan itu. Aku tidak lagi hadir solat berjemaah di musolla demi menghindar dari mendengar kesyahduan bacaannya mengimami solat-solat fardhu. Ia membuah persoalan pada teman-teman. Aku cuma tersenyum, tidak sanggup rasanya mengakui hakikat sebenarnya. Sekadar menunjukkan hadis Nabi s.a.w. yang berbunyi ‘Sesungguhnya sembahyang seseorang wanita itu lebih baik di kamarnya daripada sembahyang di masjid kaumnya, dan sembahyang di masjid kaumnya adalah lebih baik dari sembahyang di masjid berjemaah’. Malah akhirnya aku tekad untuk tidak lagi menginap di kolej kediaman semata-mata menjaga pancaindera dari terus mendepaninya.......

Wednesday, 16 June 2010