Tuesday 7 September 2010

Happy Fasting & Happy Advance Raya


Salam....

Amboi, dah lama tak bukak blog nie...Yelah, banyak benda yang ' in ' and ' out ' dalam beberapa bulan nih...Kena uruskan benda penting katakan, hehe...mcm urusan negara saja..Alhamdulillah, waktu nie berkesempatan untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. Busy...busy..busy..memang dah lama ada di dalam kamus dewanku semenjak beberapa bulan nie. Tiba-tiba mendapat offer sambung belajar, dan kuliah start pada awal bulan Ramadhan, memang menduga kesabaranlah katakan. Kena prepare balik apa yang pernah dipelajari dulu, macam tak terasa macam sekejap jer cuti panjang ari tuh. Dalam bulan Ramadhan nie, selain kuliah pada waktu pagi , kena hadiri pulak kelas tambahan pada waktu malam. Mula-mula tue,
beserabut jugak otak, mana nak revise kuliah pagi & petang, apatah lagi subject pada kelas malam pulak. Apa-apa pun, syukur ke hadrat Illahi, kerana Dia memberi pintu dan ilham kepada diri ini, supaya menerapkan sifat sabar di dalam menuntut ilmu..Alhamdulillah..

Cerita mengenai di sepanjang bulan puasa nie, memang banyak 'unexpected moments' yg berlaku...terutama sekali berkaitan dengan hal peribadi. Tak payahlah nak share kat sini, paling penting keluarga, terutama sekali ibu bapa sentiasa berada di belakang mendukung & mendorong kepada jalan yang terbaik. Banyak benda yang dipelajari pada setiap hari, tanpa di duga..mungkin dari sana, akan mematangkan fikiran orang yang sedang buat entri dalam blog ini kot..hehe..harap2 begitulah..

Kalau disebut mengenai, persediaan raya pulak..biasalah sajalah, ala qadar jer mcm tahun2 lepas jugak. Namun, pada tahun nie tak berapa nak involve dalam buat kuih-muih & biskut bersama ibu..bukan apa, banyak kerja yang berkaitan dengan kuliah kena siapakan, fuhh...baru tau begini rasa susahnya...huhu..Apa2 pun, mak mintak maaf yer tak banyak tolong...nanti tolong urut jer, ok ler tue kan, mak...hehe..

Memang tak terasa, Ramadhan akan melabuh tirainya dalam beberapa hari lagi...rasa sedih akan menyelubungi di dalam jiwa insan yang mengetahui akan fadhilat2 besar
yang ada di dalam bulan ini. Pada malam-malam terakhir ini lah, masanya untuk memperbanyakkan amal ibadat dan semoga ianya di terima oleh Allah s.w.t..Amin..

Oklah, akhir sekali..saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua bloggers, teman-teman dan keluarga tersayang. Semoga hari raya pada tahun ini akan membawa kegembiraan dan kenangan yang manis buat semua orang..:)

No comments:

Post a Comment